KUALA PILAH - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2 Jalan Seremban Lama, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 itu, Ismail Hassan, 83, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung Parit Seberang setelah pulang dari pasar Kuala Pilah.

Menurut saksi, setibanya di lokasi kejadian  warga emas yang menunggang motosikal jenis Yamaha 100m Sport ingin membelok ke kanan menuju ke masjid Kariah Kampung Parit namun telah dirempuh oleh sebuah kereta Produa Kancil yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Ampang Tinggi.

Rempuhan kuat menyebabkan warga emas ini maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat.

Sementara itu, polis mengesahkan laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.