SEREMBAN –  Uptown Paroi bakal beroperasi semula seawal hujung bulan ini, setelah sekian lama ditutup operasinya.

Lokasi yang satu ketika dahulu pernah popular dalam kalangan masyarakat setempat itu, akan dibuka semula kepada pengunjung bagi memeriahkan kembali kawasan berkenaan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) mengambil inisiatif membangunkan semula tapak berkenaan sebagai hab perniagaan.

Menurut Pengarah Program yang juga Setiausaha Agung Gapema, Muhammad Suwarno, pihaknya berhasrat membantu penjaja dan peniaga Melayu di negeri ini menjalankan perniagaan mereka di kawasan itu.

Tambahnya, setakat ini pihaknya menerima tempahan tempat daripada lebih 20 peniaga yang terdiri daripada pelbagai jenis jualan seperti baju, perkhidmatan spa, sauna, bekam, urutan badan dan rendaman kaki.

Terdapat juga beberapa gerai jualan makanan untuk keselesaan pengunjung yang ingin datang makan, serta ruang untuk berkaraoke.

“Pendaftaran serendah RM350 sahaja, dengan keluasan 10x10 dan harga penyewaan RM 20 sehari, kami harap dapat mengumpulkan ramai peniaga kecil di sini, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung dengan penyediaan pelbagai aktiviti.

“Kami telah berbincang dengan pendakwah,Shamsul Debat, Bandi Amuk, Da’i Hijrah dan kumpulan Khalifah untuk mewarnai kemeriahan sepanjang Ramadhan ini," katanya

Tambahnya, pihaknya juga telah berjumpa dengan pihak Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan untuk mendapatkan sokongan dalam menjadikan hab perniagaan seperti yang dirancang.

Namun katanya, perancangan ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya mereka tidak mendapat penyertaan dari para peniaga.

Oleh itu,  kepada peniaga yang berminat boleh menghubungi di talian 011-28833881 atau  011-21810281 atau 011-14317181,  Uptown GAPEMA Paroi ini dibuka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.