SEREMBAN – Kagum dengan semangat Puteri Jeslina Natasha Mior Azlan Shah, 17, yang gigih untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meskipun kini derita menghidap kanser tumor di saraf tunjang tahap tiga, telah mendorong Kelab Komuniti Prihatin membantu remaja berkenaan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guru tuisyen ke rumah Puteri Jeslina Natasha dan pengangkutan untuknya berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Wakil kelab, Alias Mohammad berkata, mereka terpanggil untuk membantu remaja berkenaan selepas membaca laporan Sinar Harian 10 April lalu mengenai semangatnya yang nekad untuk mengambil peperiksaan walaupun tidak sihat.

“Kita nak bantu kurangkan kesakitan dialaminya tak dapat melainkan kita bantu dia dengan cara lain yang dapat ringankan beban kesakitannya.

“Tidak dinafikan dari segi luaran kita nampak dia tak sakit, tapi hakikatnya derita ditanggung hanya dia yang rasa. Tapi yang bangganya dia masih semangat nak belajar,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan tablet kepada Puteri Jeslina Natasha di rumahnya di Taman Cempaka di sini, semalam.

Alias berkata, pada masa sama, kelab itu juga akan menubuhkan kumpulan sokongan menerusi aplikasi WhatsApp bagi membolehkan mereka berkomunikasi dan mengikuti perkembangan remaja terbabit dengan lebih mudah.

“Saya pun dimaklumkan yang Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan membantu pendaftaran peperiksaan SPM Jeslina, sekaligus dapat merealisasikan hasratnya,” katanya.

Sementara itu Puteri Jeslina Nastasha berkata, dia tidak sangka bantuan dan perhatian diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia juga lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan walaupun bagi  enam mata pelajaran sahaja.

“Saya terharu dengan keprihatinan semua pihak. Terima kasih semua dan yang pasti saya akan terus lawan penyakit ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Kehidupan sebuah keluarga di Kampung Kuala Dioh berubah sepenuhnya, apabila suami yang dahulunya aktif mencari rezeki menyara keluarga kini hanya terlantar.
  • MUADZAM SHAH - Biarpun baru berusia lingkungan empat hingga enam tahun, murid-murid Tadika Kemas Desa Cempaka, di sini, begitu bersemangat menyahut kempen kitar semula.
  • SUNGAI UDANG - "Tak ada orang yang minta anak dia sakit, tapi ini dugaan yang ALLAH beri. Kami reda,” kata Suzana Abdullah, 32. ibu kepada seorang bayi yang menghidap sakit jantung kronik.
  • KOTA BHARU - Dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tabah menjawab soalan Kertas 1 Bahasa Melayu di katil hospital biarpun masing-masing dalam keadaan sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
  • SUNGAI PETANI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir akan diberi kelayakan penempatan khas bagi mengelakkan peperiksaan yang dihadapi, terganggu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.