SEREMBAN - Tsunami Melayu seperti yang digembar-gemburkan Pakatan Harapan tidak akan berlaku pada PRU14,  tegas Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga merangkap Menteri Besar berkata, melalui kajian yang dilakukan, sokongan masyarakat Melayu terhadap Umno dan BN kini bertambah baik.

Katanya, orang Melayu kini sudah kembali menyokong dan memberi kepercayaan kepada Umno, bukan kepada Pakatan Harapan seperti yang didakwa.

“Orang Melayu kecewa kerana Tun Mahathir menyertai Pakatan Harapan, malah bekerjasama dengan musuh tradisinya sejak sekian lama.

“Orang Melayu tak boleh terima kerjasama ini menyebabkan mereka (orang Melayu) kembali menyokong Umno kerana yakin hanya parti ini sahajalah satu-satunya yang bersedia berkhidmat untuk orang Melayu.

“Oleh sebab itulah, saya dengan penuh yakin menegaskan tsunami Melayu tidak akan berlaku sebaliknya kita akan terus menerima sokongan yang hebat daripada semua kaum pada PRU14 ini,” katanya.

Katanya, masyarakat jangan terkeliru dengan mainan pembangkang yang sengaja mahu mencetuskan gelombang ssunami Melayu pada PRU14 ini.

Dalam pada itu, Mohamad menasihatkan kepada semua jentera agar sentiasa dekat dengan masyarakat dan terus melaksanakan tugas di peringkat akar umbi.

Katanya, sebagai seorang pemimpin yang baik dan cemerlang mereka perlu ada setiap masa tanpa mengira waktu bersama rakyatnya.

“Jangan kita hanya ada waktu nak pilihan raya sahaja, lepas tu hilang tak jumpa-jumpa.

“Kita perlu ada bersama masyarakat setiap masa, bagi menunjukkan bahawa kita benar-benar cakna dengan keperluan dan permasalahan yang mereka dihadapi.

“Bertugaslah demi rakyat, jangan hanya bertugas masa nak PRU sahaja,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR TUN RAZAK - Pakatan Harapan bersedia membatalkan projek pembangunan di padang bola sepak Jalan Jujur, di sini, jika menang PRU14 nanti.
  • PAGOH - Pakatan Harapan sedia membawa isu berkaitan kewujudan senarai nama pengundi baharu yang didakwa ditempatkan di sebuah projek pembinaan kem tentera di Batu Anam, Segamat.
  • KUANTAN - Polis Kontinjen Pahang bersiap sedia bagi menghadapi PRU14 dengan kekuatan 6,000 anggota.
  • KLANG - Umno Cawangan Taman Raja Uda dan MCA Klang menyerahkan sumbangan alat bantuan berjalan dan juga sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang terlibat dalam kemalangan.
  • ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak berangan-angan untuk menambahkan kemenangan kerusi Parlimen Umno BN di Kedah jika masih gagal menepati janji PRU13.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.