SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan membenarkan sebarang bentuk pesta arak atau Oktoberfest dibuat di negeri ini.

Menteri Besarnya, Aminuddin Harun berkata, pesta seperti itu tidak pernah dilaksanakan di negeri ini, malah berpendapat itu bukan budaya masyarakat setempat.

“Kita melarang mana-mana pihak untuk mengadakan Oktoberfest di negeri ini, kerana ia perbuatan yang tidak sihat untuk rakyat. Tapi, setakat ini kita tidak menerima sebarang permohonan dan tiada lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan pesta itu

“Bagi kalangan bukan Islam yang ingin meminum arak ia tiada halangan, namun perlu dilakukan di premis tertutup dan bukannya dilakukan dalam bentuk pesta atau secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Kemerdekaan 2018 yang turut dihadiri

di Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malek di Klana Resort, petang tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri sangat komited untuk memastikan Negeri Sembilan bebas daripada sebarang penganjuran pesta seperti Oktoberfest.