SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan tidak menerima sebarang aduan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di negeri ini seperti berlaku di Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina menggesa tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengedarkan kitab tersebut.

Katanya, beliau bukan sahaja mahu perkara itu disiasat, malah mahu tangkapan dan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dibuat supaya perkara sama tidak berulang.