SEREMBAN – Pemaju perumahan di negeri ini diminta supaya tidak membekalkan tong sampah kepada pemilik premis kediaman di taman-taman perumahan yang baharu dibuka.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menghentikan pemberian tong sampah berwarna oren kepada pemilik premis kediaman.

Beliau berkata, sebelum ini memang penyediaan tong sampah di setiap kediaman merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi pemaju.

Bagaimanapun, katanya, setelah SWM Environment (SWM) membekalkan tong sampah kepada semua pemilik premis kediaman, keperluan itu dilihat tidak lagi relevan dan perlu diubah.

“Tiada keperluan pihak pemaju membekalkan lagi tong sampah itu  kerana kita telah pun bekalkan tong sampah besar berwarna kelabu bersaiz 120 liter kepada setiap pemilik premis kediaman.

“Apabila ada dua tong sampah besar, ini akan menyebabkan kawasan perumahan yang kecil menjadi sesak dan sempit, selain menyusahkan pihak konsesi untuk melakukan kerja-kerja pemungut sampah.

“Saya akan berbincang semula dengan PBT negeri ini agar meminta pemaju menghentikan memberi tong sampah kepada pemilik kediaman baru, sebaliknya gantikan dengan sesuatu lain yang lebih berfaedah kepada pemilik premis,” katanya di sini, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengagihkan 1,500 unit tong sampah beroda di kampung tradisional dalam daerah ini bagi membendung masalah pembuangan sampah haram.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.