NILAI - Hadiah bernilai hampir RM25,000 menanti peserta pertandingan memancing di Tasik Ujana Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Pertandingan anjuran bersama Wakjali Event Management dan Sime Darby Property itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM23,700

Juara akan membawa pulang RM12,000, naib juara RM3,000, ketiga RM1,000, keempat RM700 dan kelima RM500.

Tempat keenam hingga ke-10 menerima RM300, ke-11 hingga 20 pula membawa pulang RM200, manakala ke-21 hingga ke-50 menerima RM100.

Pertandingan itu yang bertujuan mempromosikan projek hartanah Nilai Impian kepada masyarakat sekitar, bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Jurucakap Nilai Impian berkata, ketika ini projek hartanah di Nilai Impian sering mendapat tempat di kalangan pembeli rumah.

“Ketika ini, kami hanya tinggal lebih kurang 20 unit rumah Orkid yang masih belum terjual. Harga seunit rumah teres dua tingkat ini ialah RM488,888 dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air.

“Lebih menarik, deposit tempahan untuk membeli rumah ini hanya RM1,000 dan pihak pemaju memberi rebat sebanyak lapan peratus atau RM39,000 kepada pembeli.

“Pihak pemaju juga menyediakan perkhidmatan SPA (Sales and purchase agreement) dan MOT (memorandum of transfer) secara percuma kepada pembeli," katanya.

Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 4 petang ini hingga hari pertandingan.

Tasik Ujana kaya dengan pelbagai spesis ikan seperti pacu, tilapia, haruan, patin, ketutu, kap Jepun dan lain-lain.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi 012-2141401, 012-6823479 dan 013-3838655.