SEREMBAN - Bukan mudah untuk PH termasuk PKR mene­waskan Umno pada PRU14, sekali gus mencipta rekod sejarah tersendiri ke­pada negara.

Namun, bermula dari situlah, boleh dilihat siapa yang benar-benar pejuang dan siapa yang mula mencari ruang.

Itulah yang dium­pa­ma­kan penyandang Ketua Ca­bang Rembau, Yusof Tapar pada pemilihan PKR kali ini apabila ramai mula mencuba na­sib bertanding dan me­non­­jolkan diri khususnya di ka­wa­san Rembau.

Secara tiba-tiba cabang berkenaan jadi tumpuan apabila berlaku pertem­bu­ngan paling ramai iaitu lima penjuru yang me­nam­pil­kan Yusof sendiri, Setiau­saha Sulit Kanan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Mohd Nazree Mohd Yunus; penyandang Timbalan Cabang Rembau, Shahrul­nizam Idris; Ketua Cabang Rasah, R Tangam dan Muhamad Zakir Hassan.

“Bila dah menang dan memerintah saja, maka timbullah ‘panglima kesia­ngan’ mengatakan dia hebat itu dan ini.

”Selama dua penggal sebagai Ketua Cabang, saya tak nampak pun ada apa-apa isu, tapi baru sekarang timbul sebab kita dah menang.

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jangan pula sekarang nak cari faedah untuk kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Calon AMK Cabang Rembau dakwa wujud tangan ghaib ]

Mengenai dakwaan calon Ketua AMK Cabang Rembau, Mohd Effendi Mat Aris ada ‘tangan ghaib’ yang cuba campur tangan dalam pemilihan PKR di kawasan itu, Yusof berkata, dia tidak tahu mengenai isu tersebut dan menyifatkan cerita sebegitu hanya mahu mene­gangkan suasana.

“Saya tak tahu tangan ghaib dimaksudkan dan bagi saya sesiapa pun boleh bercakap.

“Cuma, bila keluar cerita itu saya sebagai penyan­dang seolah-olah dilihat sebagai pemimpin yang tak pandai jaga kawasan.

“Saya berjuang dalam parti sudah 20 tahun, sebelum kita memerintah lagi. Saya nak tanya di mana orang-orang ini dulu? Kenapa baru sekarang bercakap itu dan ini, cuba menonjolkan diri?,” soalnya.

Bagaimanapun Yusof berkata, kenyataan itu tidak memberi kesan kepada kepadanya, tetapi bertegas dimahukan bukti sekiranya merujuk kepada dirinya.

Jelasnya, beliau tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan terhadap parti, malah sanggup menjual keretanya demi parti.

“Jangan cuba meraih simpati orang kerana nak sokongan. Dalam pertan­dingan perlulah jujur dan saya pun tak kisah bila tiba-tiba cabang Rembau ini jadi tumpuan pula, ramai nak bertanding.

“Saya tak suka berjanji kerana saya tahu itu semua bohong. Biar kita buat sedikit demi sedikit dan kemudian baru lebih besar,” katanya.