SEREMBAN - Pusat permindahan sementara di surau Tengah Kampung Machang Hilir masih dibuka untuk kanak-kanak serta warga emas berlindung sementara rumah dibersihkan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri, Lt. Kol. (PA) Kamal Mokhtar berkata, ketika ini kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa akibat banjir kilat yang berlaku kelmarin, sedang giat dijalankan anggotanya sejak jam 9.30 pagi.

“Air banjir sudah semakin surut. Dengan itu seramai  22 pegawai dan anggota APM telah pun dikerahkan untuk membantu mangsa banjir dalam melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, anggota APM dibahagikan kepada dua kumpulan untuk kerja pembersihan ke atas rumah-rumah yang terjejas akibat banjir kilat.

“Kerja yang dilakukan adalah seperti mengeluarkan barang yang terjejas dan membersihkan rumah yang dimasuki lumpur.

“Pusat pemindahan sementara yang dibuka sejak malam kelmarin, masih beroperasi  seperti biasa untuk kanak-kanak serta warga emas berlindung sementara rumah dibersihkan,”katanya.

Kelmarin, pada jam 10 malam, seramai 52 mangsa daripada 19 keluarga dari tiga perkampungan di Lenggeng, ditempatkan ke pusat permindahan sementara di Surau Tengah Kampung Sungai Machang Hilir.

Mangsa yang terdiri daripada tiga wanita warga emas, 21 lelaki dan 16 wanita dewasa, 10 kanak-kanak termasuk satu bayi perempuan ditempatkan di pusat permindahan terbabit.

Hujan lebat selama tiga jam bermula jam 4 petang itu menyebabkan Sungai Bioh di sini dinaiki air.

Ia menyebabkan tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Macang Hilir, Kampung Rawa Hilir dan Kampung Rawa Hulu terjejas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Pusat pemindahan di lapan lokasi yang dikenal pasti dalam keadaan siap sedia bagi berdepan sebarang kemungkinan musibah banjir sepanjang fenomena air pasang bermula semalam sehingga Isnin nanti.
  • ALOR SETAR - Hanya sebuah pusat pemindahan banjir masih di buka di Kedah bagi menempatkan 40 mangsa dari tujuh keluarga setakat jam 12 tengahari berbanding dua buah, awal pagi tadi.
  • PONTIAN - Sebuah pusat pemindahan sementara banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan yang menempatkan 96 mangsa daripada 24 buah keluarga ditutup sepenuhnya jam 4 petang tadi.
  • TANGKAK - Cuaca hujan lebat sejak pagi tadi telah mengakibatkan beberapa buah kediaman di Kampung Sri Makmor, di sini, terjejas, ekoran dinaiki air.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.