JELEBU-LEAD-jabit
$entry.content.caption.value

KUALA KLAWANG - Pakatan Rakyat (PR) hanya memerlukan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, perkara itu bakal menjadi kenyataan sekiranya PR bekerja ­keras dari sekarang.

Menurutnya, PR hanya kekurangan tiga kerusi Dun sahaja dan sekiranya mereka berusaha secara berterusan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pasti PR akan datang dikuasai Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, parti ­dalam PR juga perlu kerap turun padang bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat.

“Rakyat kini semakin ­keliru kerana laporan di media cetak tidak menyentuh semua isu secara menyeluruh. Justeru, PR perlu mengatur strategi baru bagi menawan Negeri Sembilan seperti mana negeri di bawah pakatan pembangkang lain,” katanya ­semasa berucap pada Majlis Ceramah Umum PR di Kampung Chenor, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh, M Kadir Samsi; Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Kateran Marman dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat.

Sementara itu, M Kadir yang terkenal dengan watak Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah turut meletakkan keyakinan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan.

“Tidak sukar bagi menawan Negeri Sembilan kerana hanya tiga kerusi Dun sahaja yang tinggal untuk ditawan.

“Kita perlu mencontohi negeri yang diperintah ­ pakatan pembangkang seperti Kelantan, walaupun tidak mempunyai bangunan tinggi, namun kehidupan rakyatnya lebih sejahtera,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.