ALOR GAJAH - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Kampung Durian Daud, Masjid Tanah untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah hari ini.

Ketibaan beliau pada jam 2.50 petang disambut oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh.

Persidangan Umno Masjid Tanah merupakan persidangan yang dirasmikan selepas beliau merasmikan Persidangan Umno Bahagian Bukit Katil pagi tadi.

Selain itu, kehadiran beliau juga disambut meriah dengan paluan kompang, alunan selawat dan juga bunga manggar oleh ahli puteri Umno bahagian itu.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Selepas 10 tahun tidak bertemu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat bekas Adun Beserah dan Setiausaha Kerja Umno Pahang, Datuk Faisal Abdullah, 69, yang mengalami masalah kesihatan di rumahnya di Medan Tok Sira, di sini semalam.
  • PUTRAJAYA - Kira-kira 500 penduduk Lot 9714 Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menangani masalah membelenggu mereka yang didakwa berlarutan sejak 50 tahun lalu.
  • ALOR SETAR - Walaupun sibuk dengan jadual lawatan kerja ke Kedah hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di Medan Selera, Alor Merah di sini pagi ini.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kagum dengan semangat kental Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan 18 Januari lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.