BANDARAYA MELAKA - Portal jualan produk getthiss.com mampu menyediakan platform untuk usahawan menjana pendapatan, sekali gus menggalakkan lagi perdagangan domestik khususnya dalam industri ekonomi digital.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, portal berkenaan membolehkan usahawan mempromosikan produk tempatan ke pasaran global.

Beliau berkata, Getthiss yang ditubuhkan pada Jun 2016 adalah sebuah syarikat memiliki portal beli belah dalam talian dengan menyediakan pelbagai produk tempatan.

Menurutnya, objektif utama Getthiss adalah untuk menjadikannya sebagai portal jualan produk utama di negara ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup yang kian meningkat.Antara negara yang sudah diterokai termasuk Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Bangladesh.

"Dalam masa sama, Getthiss sedang berusaha untuk meluaskan pasaran ke Jepun, Korea, Filipina, Vietnam, Taiwan, Dubai dan China.  Sehingga kini, lebih 50,000 jumlah keahlian berdaftar dan lebih 100,000 pengunjung sudah melayari laman sesawang getthiss.com dan aplikasi Getthiss,” katanya ketika merasmikan Fiesta Getthiss.com di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agong; Ketua Setiusaha KPDNKK, Datuk Sri Jamil Salleh dan Pengerusi Kumpulan Getthiss, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Fiesta anjuran Getthiss berlangsung selama tiga hari bermula semalam, turut mendapat kerjasama dari rakan strategik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang juga sebuah agensi di bawah KPDNKK.

Antara aktiviti menarik yang disusun termasuk konsert kumpulan Wings bersama Datuk M. Nasir, selain 90 gerai pelbagai jualan, 36 gerai Auto Fest, 50 kendera saji dengan pelbagai menu serta cabutan bertuah.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Penduduk sekitar Seremban kini mempunyai satu lagi pilihan tempat untuk menjamu selera apabila projek kendera saji atau trak makanan mula dibuka di pekarangan parkir bangunan Plaza Seremban Mara.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.
  • KLUANG - Kerajaan negeri memberi penghargaan kepada 28 peserta program Azam Kerja Muafakat Johor di atas pencapaian, dedikasi dan dinamik mereka sehingga berjaya meningkatkan pendapatan seperti ditetapkan.
  • LABIS - Kira- kira 1,500 golongan wanita dan belia di Parlimen Labis menerima manfaat daripada penubuhan Pusat Keusahawanan oleh Yayasan Salam Malaysia (Salam) di Chaah sejak tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.