SEREMBAN – 100 hari PH mentadbir Negeri Sembilan berjalan lancar dalam suasana yang sangat harmoni, meski pun tiada sebarang perubahan ketara dilakukan.

Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Prof Dr Nasrudin Mohammed berkata, bagaimanapun, beliau yakin kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Aminud­din Harun sedang rancak menyusun pelbagai perancangan, sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang.  

“MB mengemudi perjalanan pentadbiran negeri ini dengan baik dan harmoni serta masih mengekalkan status quo sedia ada dan meneruskan pentadbiran seperti biasa.  

“Beliau seolah-olah terlalu berhati-hati dalam membuat perubahan kerana sehingga kini masih lagi tiada sebarang keputusan besar dilakukan dalam pentadbirannya,” katanya.

Justeru itu, katanya, masih terlalu awal untuk menilai pentadbiran 100 hari PH di negeri ini.