Balakrishnan cedera di muka, kepala dan belakang badan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, semalam.
SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan cedera dipukul dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah syarikat keselamatan di Seremban Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, R Balakrishnan, 59, cedera di muka, kepala dan belakang badan selepas dipukul dua lelaki tidak dikenali ketika sedang berehat di pondok keselamatan selepas melakukan rondaan keselamatan di tempatnya bekerja.
Anak mangsa, B Shanti, 37, berkata, dua lelaki tiba-tiba muncul dan memukul ayahnya yang sedang berehat menggunakan kayu.
"Mereka minta ayah serahkan dompet dan kunci motosikal. Disebabkan bimbang dipukul lebih teruk, ayah menurut sahaja arahan mereka.
"Mereka kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss, milik ayah," katanya kepada Sinar Harian di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.
Menurutnya, ayahnya bernasib baik kerana rakan sekerja datang membantunya dan membawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Berikutan kejadian ini, ayah kerugian wang tunai RM500 dan juga sebuah motosikal. Laporan dibuat di Pondok Polis Hospital Tuanku Ja'afar," katanya.
- Pungutan zakat cecah RM65j
- Bunuh majikan sendiri
- 10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah esok
- Kereta rentung angkara samseng
- Ketua program dipanggil polis
- Mayat terbaring dalam tandas
- Dikelar kerana langgar bahu
- Warga emas cedera diserang anak angkat
- Suami isteri maut kemalangan
- Bunga ros, mufin untuk mama




