JELEBU - Seorang warga emas dan cucunya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 1.3 Jalan Simpang Pertang - Manchis, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, Rokiah Midon, 93, dan Mohd Khairuddin Mat Raji, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, kemalangan membabitkan masing-masing sebuah Proton Saga, Proton Iswara dan Perodua Alza.

Beliau berkata, Proton Iswara dipandu Khairuddin turut dinaiki Rokiah dan anak Khairuddin, Ahmad Qayyim Mohd Khairuddin, 5, yang dalam perjalanan dari arah Manchis ke Simpang Pertang.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan Proton Saga.

“Pemandu Proton Saga bagaimanapun sempat mengelak ke kiri bahu jalan, tetapi terdapat sebuah Perodua Alza di belakangnya menyebabkan ia berlanggar dengan kereta dipandu Khairuddin.

"Pelanggaran itu menyebabkan Proton Iswara dan Perodua Alza remuk teruk. Selain mangsa, neneknya yang duduk di bahagian penumpang belakang kanan kereta itu turut maut," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Ahmad Qayyim, pemandu dan penumpang Perodua Alza itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan, namun dirawat di Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.
  • BATU KIKIR - Seorang lelaki maut apabila motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri bahu jalan.
  • KEMAMAN - "Dah sebulan pakcik rasa tak sedap hati. Tapi tak sangka pula ia petanda anak akan dijemput ALLAH," Luah warga emas, Ngah @ Choh Mohamad, 74, bapa kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi, Md Sendee @ Zalani, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.
  • RANTAU PANJANG - Seorang bapa empat anak di Kampung Pusu 40, di sini, tidak dapat menjana pendapatan tetap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.