REMBAU - Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) yang diwujudkan di Dataran Rembau di sini dengan menempatkan lebih 30 jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan bakal memudahkan urusan penduduk luar bandar dengan pihak berkaitan.

Ahli Parlimen Rembau,  Khairy Jamaluddin, berkata, Mobile CTC Rembau merupakan himpunan pelbagai perkhidmatan bergerak kerajaan yang di sediakan di dalam bas, van serta khemah-khemah di dataran tersebut.

“Antara perkhidmatan penting adalah permohonan MyKad, lesen memandu, klinik kesihatan dan rawatan pergigian. Penduduk sekitar di harap dapat mengambil peluang sebaik yang mungkin dengan mendapatkan perkhidmatan ini," katanya pada majlis pelancaran Mobile CTC Rembau di sini, hari ini.

Mobile CTC Rembau antara lain menempatkan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Turut ditempatkan di pusat itu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata, Mobile CTC Rembau turut menyediakan peluang keusahawanan dan membolehkan bantuan disalurkan segera kepada pemohon yang layak.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Kompleks Belia Rembau akan dibina di kawasan seluas 8.094 hektar pada hujung tahun ini dan dijangka siap akhir 2018, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
  • KOTA BHARU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat menganjurkan Maraton Antarabangsa Kelantan buat julung kalinya, bermula tahun depan.
  • REMBAU - – “Rasa nak menitis air mata bila rumah baru dibina atas tapak rumah lama yang terbakar Julai tahun lalu dapat didirikan sebelum pilihan raya, walaupun sebelum ini janji pembinaannya selepas itu,” kata Halimah Abdul Hamid, 65, ketika ditemui di Kampung Lada, di sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.