KUALA PILAH - "Dah macam duduk di Korea atau Australia yang ada salji, tapi ini Pilah dan di sini hanya ditemani hujan sahaja".

Itu yang dikongsikan anak muda kelahiran Kuala Pilah, Mohamad Pahami Mohamad Tarmizi, 31,  yang bertugas sebagai kelasi kapal dan kerap merantau ke negara-negara beriklim sejuk.

Menurutnya, ini kali pertama rumahnya yang terletak di Gunung Pasir mengalami cuaca sejuk seumpama itu.

“Rasa macam Pilah ni ada salji pula, cuaca sejuk betul," katanya lagi.

Menurutnya sudah lebih dua hari, daerah ini dilanda hujan yang berlarutan dari pagi sehinggalah ke malam.

“Hendak pegang air pun rasa 'bercinta' kerana air sangat sejuk," ujarnya berseloroh.

Katanya, kebiasaan keadaan berkabus di Kuala Pilah hanya berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi tertentu sahaja.

Jalan licin jejas pengguna jalan raya

Seorang lagi penduduk, Muhamad Khairy Shukor,  28, berkata, cuaca sejuk ini sedikit sebanyak mengganggu urusan harian.

“Cuaca ini juga memberi impak kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang perlu melalui jalan basah, licin dan berlopak gara-gara hujan berpanjangan," katanya.

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin turut menyertai ‘Funride dan Basikal Vintage’ dalam suasana sejuk.

Tetap teruskan aktiviti

Sementara itu peserta ‘Funride dan Basikal Vintage’ di Seri Menanti, Anuar Abu Said, 58, berkata, meskipun dalam keadaan cuaca sejuk, hujan renyai, dia tetap menyertai program berbasikal itu.

“Sebagai tanda sokongan dan meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar ke 70 yang disambut 14 Januari  (hari ini), saya dan para peserta lain bersama sertai program ini," katanya.

Terdahulu,  Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan di negara ini mengalami penurunan suhu dan Kuala Pilah merekodkan suhu 21 darjah Celsius, kelmarin.

Suhu  yang dikatakan menyamai Amterdam, Belanda itu dikongsi dengan Subang, Selangor dan Kluang, Johor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KRAI - Suhu sejuk sejak beberapa hari kebelakangan ini satu cabaran kepada penghidap lelah.
  • KOTA BHARU - Suhu sejuk yang melanda Kelantan kebelakangan ini menyaksikan pelbagai ragam masyarakat setempat apabila ada yang liat untuk mandi pagi, malah ada juga yang mandi tidak bersabun atau terus tidak mandi serta mengalami kejang kaki.
  • SEREMBAN - Fenomena cuaca sejuk yang melanda negara termasuk di negeri ini menyebabkan perkhidmatan kedai dobi layan diri mula menjadi tumpuan terutama untuk perkhidmatan cucian kering.
  • BACHOK - Kanak-kanak antara yang terkesan dengan cuaca sejuk yang melanda negeri ini ini terutama pada waktu malam dan pagi.