MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka komited memastikan kesemua masjid lama di negeri ini dipelihara dengan baik bukan sahaja dari segi struktur fizikal, malah warisannya.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan ne­geri sentiasa berusaha mem­bantu mengimarah kesemua masjid berkenaan dengan pelbagai program di samping menyalurkan peruntukan bersesuaian.

“Memanglah kalau kita lihat ada antara perkara-perkara yang kita lihat dalam konteks warisan, masjid yang sudah berusia ini akan kita pastikan sejarahnya kekal dan terpelihara.

“Kita akan menilai balik semua peruntukan yang diberikan kepada institusi-institusi masjid di negeri ini.

"Cuma peruntukan terus ini semua kita akan pertim­bangkan berdasarkan peng­imarahan masjid tu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Pe­masy­huran 100 tahun Masjid Al-Ehsan Bukit Baru yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang di sini.

Turut hadir, Speaker Dun Melaka, Omar Jaafar; Setiau­saha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Terdahulu, Abdul Halim mengetuai bacaan doa akhir dan awal tahun sempena Tahun Baru Hijrah 1440.