BANDARAYA MELAKA – Melaka muncul negeri pertama mencapai sasaran peringkat kebangsaan apabila berjaya merekodkan ahli baru pendeposit Lembaga Tabung Haji seramai 43,000 pada 31 Mei lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ia sekali gus menjadikan 68 peratus penduduk Islam di Melaka sebagai pendeposit.
Menurutnya, semua murid sekolah di negeri itu turut merekodkan 100 peratus pendeposit termasuk seramai 49,147 murid tajaan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
“Tahniah kepada beberapa agensi yang berjaya menerima sijil peratus tertinggi kakitangan dan pelajar menjadi pendeposit.
“Sempena sambutan ulang tahun Tabung Haji ke-50, saya berharap institusi ini berani menjayakan peranan selari dengan agenda transformasi kerajaan.
“Sebagai penjana kekuatan ekonomi, kita perlu eksploitasi potensi peranan institusi ini bagi melahirkan umat Islam berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Melaka di Dewan Seri Negeri, di sini, semalam.
Perhimpunan anjuran Lembaga Tabung Haji itu turut menganugerahkan sijil peratus tertinggi pendeposit antaranya kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, CTRM Aero Composites Sdn Bhd dan Kolej Universiti Islam Melaka.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Tabung Haji Melaka, Mohamad Khairi Daseman berkata, sehingga 29 Jun lalu, seramai 361,138 pendeposit di negeri itu direkodkan dengan 71 peratus.
“Seramai 5,545 bakal haji menanti tunaikan ibadah ini tahun ini," katanya.
- Tahanan reman 'Doktor Ika' dilanjutkan
- Ikat perut kejar cita-cita
- Saudara baru akan dilantik jadi AJK surau, masjid
- Misteri rumah papan terbiar
- Pasangan berani mati
- Lagi demo bantah Tian Chua
- Sempat hadiri 'reunion' terakhir
- Terpaksa menapak 2 kilometer
- Bilik hotel 'sarang' 3 remaja
- Premis judi haram diserbu




