SEREMBAN – DAP negeri memberi jaminan Menteri Besar (MB) negeri ini tetap dipilih dalam kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti itu berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, pihaknya menghormati dan tetap mempertahankan prinsip perlembagaan negeri yang meletakkan bahawa MB perlu dipilih dalam kalangan orang Melayu.

“Jika PR menang, Islam tetap agama rasmi, Bahasa Melayu kekal bahasa kebangsaan, kedudukan hak istimewa orang Melayu akan terus dipertahankan dan yang paling penting MB tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu.

“Saya tegaskan DAP negeri sokong Melayu jadi MB, tetapi kita mahu pemimpin Melayu yang bersih dan tidak korupsi, semestinya dipilih daripada PR,” katanya pada ceramah khas di pekarangan Pejabat PKR negeri di sini, malam semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • SEREMBAN - Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah membeli susu formula yang dijual dengan harga lebih murah di pasaran kerana dikhuatiri ia adalah produk tiruan.
  • SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan hingga kini tidak menerima sebarang aduan berkaitan susu rumusan bayi yang disyaki tiruan, dijual di negeri ini seperti yang berlaku di Johor Bahru.
  • SEREMBAN - Berbekalkan ilmu, latihan serta bimbingan yang diperolehi pada program berteraskan keusahawanan Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship (RISE) oleh Yayasan Maybank, dua peserta orang kurang upaya (OKU) mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda dalam menguruskan perniagaan masing-masing.
  • SEREMBAN - “Saya beri dua jenis kalendar dan bukan untuk Muslim saja, sebab yang biasa pun ada,” tegas Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon.