SEREMBAN - Sebanyak 10 NGO menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap seorang individu susulan kenyataan berhubung kejadian kebakaran Pasar Besar Seremban dalam laman sosial 'Facebook' miliknya yang berbaur fitnah

Antara 10 NGO yang tampil membuat laporan polis hari ini ialah Gabungan Persatuan Waghih Negeri Sembilan (NS), Pertubuhan Sahabat Anak NS, Jawankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Landak Ampangan NS, Pertubuhan Anak Jati Ampangan, Persatuan Jawatankuasa Penduduk Seri Pulai 3, Persatuan Kebajikan Penduduk Kaum India Taman Bukit Seri Senawang, Persatuan Gerak Nadi Masyarakat NS,Pertubuhan Warisan Senawang Peringkat NS dan Pertubuhan Nadi Ixora NS serta Pertubuhan Selatan Trakers NS.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Seremban 2, di sini pada kira-kira jam 2.30 petang  hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Sahabat Anak Negeri Sembilan, Mohd Arafat Muhammad berkata, mereka tampil membuat laporan polis atas dasar tanggungjawab kepada negara dan sayangkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Apa yang ditulis berhubung kejadian kebakaran Pasar Besar Seremban yang lalu, berbaur fitnah. Justeru kami mahu polis mengenakan satu tindakan tegas terhadap individu terbabit.

"Tindakan yang diambil ia nanti boleh dijadikan sebagai satu pengajaran terhadap pihak-pihak lain supaya tidak sesekali menanam sifat kebencian dalam diri," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Sungai Landak Ampangan NS, Kudus Thamby Ibrahim berkata, kenyataan berbaur fitnah itu boleh mencetuskan rasa benci kepada pemimpin.

"Apa yang ditulisnya seolah-olah kebakaran yang berlaku itu seperti diadakan-adakan. Ini satu fitnah yang amat besar dibuatnya," katanya.

Pengerusi Gabungan Persatuan Pewaghih Negeri Sembilan, Fazly Hamid pula berkata, pihaknya akan tetap berdiri di belakang Mohamad dan menangkis segala fitnah dilemparkan terhadapnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Preloved Donation Center (PDC) bekerjasama dengan enam NGO menganjurkan program ‘Free Market Kembali Ke Sekolah’ dalam usaha meringankan beban ibu-bapa membuat persediaan sesi persekolahan, Januari depan.
  • KLUANG - Satu laporan polis dibuat oleh bekas Ketua Pemuda Bersatu Sembrong atas faktor keselamatan berikutan didakwa sering menerima gangguan berupa panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.
  • IPOH - NGO diharap dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat daripada kerajaan dengan memberikan penerangan kepada rakyat.
  • SUNGAI PETANI - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani mengadakan perjumpaan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peniaga termasuk agensi kerajaan dan swasta bagi mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.
  • SEREMBAN - Seorang individu berjawatan dalam Armada Negeri Sembilan didakwa melakukan pecah amanah terhadap perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsinya sejak dua tahun lalu.