SEREMBAN - Kerajaan negeri meneruskan program Mantai Perdana yang dijangka dilakukan dua hari sebelum Hari Raya.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, harga daging lembu akan dijual pada RM27 sekilogram lebih murah berbanding harga pasaran mencecah RM36 sekilogram.

Katanya, kerajaan negeri akan memperuntukkan kira-kira 150 ekor lembu bagi menyediakan keperluan daging mentah untuk persiapan Syawal.

Turut diadakan juga beberapa barangan keperluan lain untuk persiapan Hari Raya.

Bagaimanapun, lokasi Mantai Perdana itu belum ditentukan lagi.