BANDARAYA MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus berkurang kepada 83 orang setakat jam 4 petang tadi berbanding 94 orang jam 12 tengah hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa daripada 21 keluarga itu masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Beliau berkata semua mangsa berasal dari tiga kampung yang terjejas iaitu Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin serta Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Setakat ini tiga pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Tehel adalah seramai 56 orang daripada 15 keluarga manakala di Balai Raya Seri Mendapat adalah seramai 10 orang melibatkan dua keluarga," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata jumlah mangsa banjir di Balai Raya Kampung Seri Jeram pula adalah seramai 17 orang daripada empat keluarga.

Katanya keadaan cuaca di negeri itu pada hari ini dilaporkan cerah dan semua mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keadaan banjir di kawasan yang terbabit beransur pulih.

Effendy berkata pihaknya dan beberapa agensi penguatkuasa yang terlibat dengan banjir akan terus memantau perkembangan semasa dan penduduk di negeri berkenaan dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berhati-hati sekiranya hujan lebat dalam tempoh yang lama berulang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BELUD - Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.
  • ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 46 mangsa banjir daripada 13 keluarga berikutan limpahan air sungai berdekatan di kawasan Bukit Pinang dekat sini, ditutup sepenuhnya 10.30 pagi ini.
  • RANTAU PANJANG - “Saya ikhlas, bukan berlakon atau menunjuk-nunjuk,” komen Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff selepas gambarnya mengharung banjir hampir 1.5 meter sambil menjunjung beras tular di laman sosial.
  • TANAH MERAH - Sebuah stesen minyak di Kampung Belimbing, dekat sini, antara paling teruk terjejas apabila banjir gelombang pertama melanda beberapa kawasan di daerah ini, minggu lalu.
  • ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air berikutan fenomena Monsun Timur Laut.