MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 94 orang melibatkan 24 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa berkenaan masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah.

"Mangsa yang terjejas dari tiga kampung iaitu Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin serta Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

"Tiga pusat pemindahan masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di negeri itu dilihat baik dan semua mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keadaan banjir di kawasan yang terlibat beransur pulih. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 126 orang daripada 33 keluarga yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Alor Gajah dan Jasin, setakat jam 1 tengah hari ini.
  • MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah menurun sedikit kepada 183 orang setakat 8 pagi ini berbanding 198 orang malam tadi dan banjir semakin surut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.