SEREMBAN -  Bagi mereka yang tidak tahu membaca al-Quran, kini tidak perlu bimbang lagi berikutan terdapat teknik khas Cordobana yang diajar melalui Akademi Cordoba Sdn Bhd.

Ketua pegawai operasinya, Azam Ariz berkata menerusi teknik berkenaan individu yang tidak pandai mengaji boleh mendapatkan pelbagai tip dengan cara yang paling menarik, diserikan sentuhan ‘magic song’.

Katanya, penggunaan ‘magic song’ ini adalah sangat berkesan bagi membantu individu belajar mengaji dengan cepat, mudah dan senang difahami.

“Penggunaan kaedah Cordobana ini adalah suatu kaedah yang sangat berkesan dalam mempelajari al-Quran dengan mudah, cepat dan menjimatkan waktu selain membantu mereka yang ingin belajar dengan cepat.

“Program ini dibuat khas bagi mereka yang tidak boleh membaca, serta tidak kenal huruf," katanya.

Kata beliau, bagi mereka yang sibuk kerja serta tiada masa untuk pergi ke kelas, kaedah tersebut sangat membantu, iaitu hanya mengambil masa tiga hari sahaja.

"Insya-Allah dengan teknik ini peserta boleh membaca al-Quran dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika program Belum Pandai Membaca al-Quran? Anjuran Wanita Perkim Seremban, dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Akademi Cordoba Sdn Bhd.

Pada program tersebut, seramai 30 peserta dari seluruh daerah datang menyertainya di Bangunan NSWO, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Wanita Perkim Seremban, Gharizah Hashim berkata program yang julung kali diadakan itu akan berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, kaedah Cordobana  yang digunakan oleh akademi ini sangat menarik, sehinggakan mereka yang tidak pandai membaca al-Quran, mahir membacanya dalam masa tiga hari.

“Kita yakin, seramai lima tenaga pengajar yang dibawa khas dari Akademi Cardoba Bandung, Indonesia itu banyak membantu peserta supaya bijak belajar dan membaca al-Quran.

“Saya percaya gabungan tenaga pengajar yang ada di Malaysia dan Indonesia ini akan banyak membantu serta memberi kesan kepada peserta agar lebih berminat mendalami al-Quran,” katanya.

Program selama tiga hari dan berakhir Rabu ini.

Bagi mendapatkan kesinambungan daripada program ini, Wanita Perkim Seremban, akan menganjurkan seminar Wanita Mencintai al-Quran, yang akan diadakan pada 31 Oktober ini di Dewan Utama NSWO Seremban, pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian, 0176782144 atau 0136301373.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dipilih sebagai duta Rumah Ngaji Negeri Sembilan sempena Pelancaran My Family#QuranHour ‘Rahsia Luqman’ Interaksi Surah Luqman di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), di sini, semalam.
  • KERAYONG - Amalan membaca al-Quran sepanjang Ramadan seolah-olah satu budaya dalam kalangan umat Islam untuk mengejar pahala beramal pada bulan mulia itu namun sebenarnya kitab suci itu perlu dibaca sepanjang masa bukannya bermusim.
  • SHAH ALAM - Karya Bestari Sdn Bhd (Karya Bestari) tampil dengan judul terbaharu, al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk yang kini semakin mendapat sambutan masyarakat.
  • KUALA TERENGGANU - Bahagian Kawalan Penerbitan Teks dan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu merampas 67 hiasan ayat al-Quran yang silap dicetak bernilai RM20,000 dalam satu operasi yang dijalankan hari ini.
  • KOTA BHARU - Al-Quran dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang sangat sinonim dengan penghayatan al-Quran, malah sekolah berkenaan sentiasa menjadikan aktiviti keagamaan dalam usaha membentuk pelajar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.