PORT DICKSON - Mahasiswa Universiti Malaya (UM),Tay Yih Yih,20, dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, hari ini.

Dengan kejayaan itu peserta yang mewakili negeri Melaka membawa pulang hadiah wang RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan dimenangi peserta Sabah, mahasiswa Institut Pendidikan Perguruan Kampus Keningau Sabah Fatin Daratul Ain Sari@Asri,23, (hadiah RM2,000 piala iringan dan sijil penyertaan)  sementara Mohd Fikri Mohd Jumat,26, seorang jurutera dari Negeri Sembilan di tempat ke tiga (hadiah RM1,000 piala iringan dan sijil penyertaan) dan 12 orang peserta menerima hadiah saguhati, RM500 dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Hadir sama, Adun Linggi, Datuk Abd Rahman Mohd Redza dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Seramai 556 peserta menyertai pertandingan di peringkat negeri dan daerah itu serta 15 orang daripada mereka layak ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Pertandingan Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan adalah aktiviti dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan sejak 2003 yang mana sebelum ini pernah dikenali sebagai Pertandingan Pidato 1Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.