SEREMBAN - Tiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.

Masih belum ada report...tapi memang berlaku," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat , 3 petang semalam.

Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BINTULU - Polis menjelaskan kejadian seorang penganggur cedera parah dalam kejadian letupan di Kampung Sebiew di sini malam tadi tiada unsur kianat atau jenayah.
  • SEREMBAN - Empat cedera selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung, dalam kemalangan di KM232.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, petang tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini, kerana didakwa mencederakan seorang buruh menggunakan sebilah pedang hingga menyebabkan mangsa cedera di muka, tangan, bahu, peha dan tapak kaki.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemungut sampah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan adik perempuannya menggunakan besi penggantung langsir sehingga luka di bahagian kepala dan lutut, awal bulan ini.
  • KEPALA BATAS - Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencederakan abangnya menggunakan senapang angin buatan sendiri dalam kejadian di rumah keluarga mereka di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, semalam.