ALOR GAJAH - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Durian Tunggal di sini, kecewa apabila sebuah bilik darjah yang boleh menampung kira-kira 40 murid tidak dapat digunakan sejak dua tahun lalu.

Yang Dipertua (YDP) PIBG, Mokhtar Mansor berkata, situasi itu disebabkan siling bahagian tengah bilik darjah tersebut bocor sehingga beberapa keping siling runtuh.

Menurutnya, walaupun hanya melibatkan sebuah kelas sahKesal bilik darjah rosak belum dibaikiKesal bilik darjah rosak belum dibaikiaja namun perlu diberikan perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi penduduk kawasan itu semakin bertambah.

Katanya, lebih membimbangkan keadaan itu berlaku pada sesi persekolahan namun bernasib baik tiada murid ketika siling itu runtuh dan sekolah kemudian mengambil tindakan pantas mengosongkan bilik darjah yang menempatkan murid tahun lima.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.859449.1532336632!/image/image.jpg

Beliau berkata, masalah yang berlaku di bangunan dua tingkat itu juga dipanjangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah dan Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.

"Saya akui, JKR mengambil tindakan pantas turun ke lokasi dan melihat sendiri keadaan yang berlaku, namun disebabkan ketiadaan peruntukkan menyebabkan mereka sukar untuk melakukan kerja-kerja baik pulih.

"Saya harap ia dapat dibaiki segera kerana menghadapi masalah kepadatan murid hingga murid terpaksa menumpang di kelas muzik.

"Tolonglah, usahakan peruntukkan bagi menyelesaikan masalah ini yang telah bertahun hinggakan kelas tersebut kini berbau busuk dan berbau lipas," katanya ketika menerima kehadiran Exco Kerja Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, yang juga Adun Durian Tunggal, Mohd Sofi Abd Wahab di SK Belimbing Dalam di sini, tadi.

Sementara itu, Mohd Sofi berkata, beliau akan segera mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat untuk memastikan kerja-kerja baik pulih kelas dapat dilakukan dalam masa terdekat ini demi keselesaan dan kebaikan murid serta guru sekolah berkenaan.