SEREMBAN – Kerajaan negeri diharap dapat bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengenal pasti kawasan padang ragut terbiar yang boleh dibangunkan untuk projek ternakan lembu.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Datuk Zainal Dahalan berkata, langkah itu sekaligus dapat membantu kerajaan dalam mengatasi masalah kenaikan harga lembu setiap kali musim perayaan.

“Saya percaya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun membincangkan perkara ini.  Saya nampak bekalan itu mencukupi kerana kita ada import daripada luar.

“Cuma kalau boleh kita memaksimumkan lagi penggunaan padang ragut yang ada di seluruh negara dengan ternakan lembu supaya bekalan dari negara kita sendiri meningkat,”katanya pada sidang media selepas hadir pada Program Korban Perdana LPP 2017 di Masjid Kariah Batu 10, Labu di sini pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa halangan antaranya mendapatkan baka anak lembu terbaik untuk dipelihara dan kawasan ternakan yang bersesuaian.

Sementara itu dalam program berkenaan sebanyak 18 ekor lembu disembelih di mana daging tersebut diagihkan kepada lebih 500 penerima.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.