SEREMBAN - [VIDEO] Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan berjaya mematahkan percubaan menyeludup rokok yang bernilai RM2.34 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Azimah Abd Hamid berkata beberapa kotak berisi rokok seludup yang baru tiba ke negara ini melalui kargo udara itu, berjaya dikesan hasil risikan anggotanya pada 10 Disember lalu, kira-kira jam 4 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam negeri ini telah membuat serbuan ke Mas Kargo KLIA.

"Hasil serbuan pada dagangan yang baru tiba dari Ho Chi Minh itu, berjaya menemukan sejumlah 3 juta batang rokok berjenama Canyon, yang berada di tempat pemunggahan barang-barang.

"Barang tersebut menggunakan pesawat Eva Air dan diikrarkan sebagai 'Console item' bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Nilai rokok ditafsirkan berjumlah RM240,000 dan duti terlibat pula berjumlah lebih RM2 juta,"katanya pada sidang media tadi.

Tambahnya, semua barangan tersebut disita kerana disyaki diimport tanpa melalui prosedur pengimportan yang sah, dan boleh didakwa di bawah Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM59,071.24 dalam dua serbuan di daerah ini, semalam.
  • ALOR GAJAH - Polis Marin berjaya melakukan rampasan terbesar rokok seludup tiruan yang keseluruhan bernilai kira-kira RM4.88 juta di perairan Sungai Sekawang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM6,000 hari ini atas pertuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM480 minggu lalu.
  • SERI ISKANDAR - Polis berjaya mematahkan sindiket seludup rokok dan merampas 600,000 batang rokok putih dengan nilai cukai sebanyak RM432,480 di Bota Kanan, Isnin lalu.