ALOR GAJAH – Seorang wanita keguguran selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kampung Baru, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, Norazura Md Saberi, 29, menaiki kereta jenis Perodua Viva dipandu adiknya, Norshazlin Md Saberi, 25, dalam perjalanan dari pekan Alor Gajah ke Kelemak.

Turut serta dalam kereta, kakak mangsa, Noraini Md Saberi, 28, adiknya, Norizati Md Saberi, 13, serta anak saudaranya, Nuraliya Alisa, 2 bulan,

Menurut sumber, sebuah kereta jenis Mercedez Benz dipandu Norzila Ibrahim, 49, dan anaknya, Mohd Syazwan Helmi Shamsuri, 12, dari Kelemak hilang kawalan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Saksi, Jasni Johar, 43, berkata, kereta dipandu Norzila memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki Norazura yang hamil empat bulan.

Menurutnya, pada mulanya Mercedez Benz berkenaan melanggar Proton Wira dipandu wanita berusia lingkungan awal 30-an.

“Kemudiannya, Mercedez Benz itu bertembung pula dengan kereta dinaiki mangsa dari arah bertentangan hingga melantun ke belakang melanggar sebuah Toyota Corona,” katanya.

Jasni berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa yang duduk di sebelah pemandu tercampak ke tempat duduk belakang, manakala bayi yang dipangku kakak mangsa dipercayai tidak sedarkan diri sejurus rempuhan berlaku.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Dua orang termasuk pemandu bas cedera apabila kenderaan itu terbalik dalam kejadian di Km 215.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, awal pagi tadi.
  • ALOR GAJAH - Pelbagai jenis barang termasuk makanan bertaburan di atas jalan raya apabila dua lori yang membawa muatan berkenaan terlibat kemalangan di Lebuh AMJ Paya Datuk, di sini, semalam.
  • ALOR GAJAH - Hasrat seorang pelajar kolej vokasional dekat sini, untuk pulang ke rumah selepas tamat kuliah, tidak kesampaian setelah dia maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Sungai Petai tengahari tadi.
  • ALOR GAJAH - Ratusan buah kelapa yang dibawa sebuah treler, bertaburan atas jalan raya dalam kemalangan di Kilometer 202.3 Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara, berhampiran Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Ayer Keroh, awal pagi semalam.
  • ALOR GAJAH - Belum reda isu kemalangan bas hingga mengorbankan 14 mangsa di Pagoh, Johor tempoh hari, sebuah bas Panorama Melaka membawa kurang 10 penumpang pula terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan lain di Jalan Melaka Pindah, di sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.