KUALA PILAH – Hujan lebat sejak minggu lalu mengakibatkan jalan berhampiran jambatan di Felca Berhad Kuala Johol I, II dan Kampung Melekai hampir runtuh.

Difahamkan, hujan lebat selama beberapa jam itu menyebabkan paras air sungai Melekai melimpah sehingga menghakis tanah di kawasan tebing jambatan berkenaan.

Penduduk, Anuar Mahmud, 42, berkata, jalan itu adalah laluan alternatif penduduk berdekatan untuk keluar masuk.

Menurutnya, bagi mengelakkan penduduk terus menggunakan jalan itu, pemberitahuan dan amaran jalan ditutup sudah diletakkan di kawasan berhampiran.

“Walaupun sudah diletakkan tanda amaran, namun pihak berkaitan perlu meletakkan papan tanda simbol tanah runtuh supaya orang ramai mengetahuinya bukan sekadar kon sahaja.

"Saya risau jika berlaku hujan lebat, jalan dan jambatan ini akan runtuh,” katanya.

Anuar berkata, kini penduduk menggunakan jalan Kampung Melekai berhadapan Klinik Kesihatan Johol sementara menunggu jalan berkenaan dibaik pulih.

Katanya, sebelum ini, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran pernah membersihkan dan melebarkan sungai tersebut.

“Jika tiada pembersihan, mungkin kejadian akan lebih teruk lagi. Meskipun begitu, diharapkan pihak berkenaan dapat membaiki jalan ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Tapak pasar malam di Pekan Dangi yang baru diturap mengalami kerosakan dan berlubang semula gara-gara lori seberat puluhan tan parkir di kawasan berkenaan.
  • KUALA PILAH - “Saya kecewa sebab dah mohon bantuan untuk naik taraf jalan ini lebih setahun, tapi masih belum diluluskan. Mungkin permohonan saya tidak dilayan atau pun ada masalah. Itu saya tidak pasti."
  • KUALA PILAH - Lebih 50 penduduk Kampung Gemuruh memohon pihak berkaitan membaiki segera jalan utama kampung itu yang semakin sempit akibat hakisan tanah sejak dua tahun lalu.
  • KUALA PILAH - Keresahan dan kebimbangan penduduk Kampung Ulu Senaling, di sini, berakhir apabila jalan utama kampung itu dahulunya terputus akibat hujan lebat siap di baik pulih minggu lalu.
  • KUALA PILAH - - Masalah jalan tidak berturap dan lubang tidak ditimbus dianggap selesai pada dasarnya selepas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, melawat tapak projek, di Kampung Baru Desa Jemapoh, semalam.