SEREMBAN - Impian seorang penoreh getah untuk miliki rumah sendiri tercapai apabila dia menerima bantuan pembinaan rumah baharu menerusi Program Bantuan Rumah di bawah projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebelum ini Sharin Ab Rahman, 49, bersama dua anaknya berusia 21, dan 17 tahun tinggal di sebuah pondok kedai makan yang ditinggalkan di Kampung Tiroi, Batu 7, Labu di sini.

Menurutnya, dia terpaksa tinggal di situ kerana tidak mampu untuk menyewa dan kadang kala menumpang di rumah kakaknya di kawasan berhampiran.

“Pondok kedai makan itu kakak saya yang punya dan saya tinggal di situ sejak tiga tahun lalu. Keadaannya memang tak selesa dan teruk sebab banyak bocor.

“Tapi saya tiada pilihan lain, tidak mengapalah janji ada tempat untuk berteduh. Tapi bila ditawarkan bantuan pembinaan rumah ini, saya bersyukur sangat kerana tak pernah terfikir yang saya akhirnya ada rumah sendiri,”katanya yang telah berpisah dengan isteri sejak lima tahun lalu.

Sharin berkata, meskipun rumahnya masih tiada perabot dan kelengkapan lain namun dia tetap teruja untuk menyambut Adilfitri tidak lama lagi.

Katanya, dia berterima kasih kepada pihak kerajaan termasuk pemimpin masyarakat yang membantunya untuk mendapatkan bantuan rumah berkenaan.

“Perasaan ini sukar digambarkan. Pastinya sambutan hari raya tahun ini akan jadi lebih meriah, ”katanya pada majlis penyerahan rumah diadakan di rumahnya di sini, semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh ADUN Labu, Datuk Hasim Rusdi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah GiatMara Negeri Sembilan, Suhaini Hazli Abu Bakar.

Projek pembinaan rumah Sharin diuruskan oleh GiatMara Negeri Sembilan dan mula dibina pada 8 Februari lalu dan siap pada 21 April lalu.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - “Saya rasa lega tak perlu lagi nak nyalakan lilin, rumah pun dah ada bekalan elektrik selain cantik, selesa dan selamat,” kata Loh Ah Lek, 78.
  • JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal akhirnya berpeluang menikmati kehidupan lebih selesa apabila menerima rumah baharu di Kampung Baru Sri Aman, di sini.
  • KUANTAN - Bapa kepada lima anak memohon ihsan semua pihak untuk menyediakannya sebuah rumah bagi membolehkan dia dan anak tinggal dengan selamat.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri disaran membina rumah mampu milik menggunakan tanah wakaf bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah.
  • KUALA PILAH - “Sampai hati mereka curi getah beku kami. Kami dah tak ada duit nak beli beras,” kata Normidah Abdul Aziz, 52, seorang penoreh getah ketika ditemui di Kampung Eyor Johol, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.