MELAKA TENGAH -  Perkampungan Hang Tuah Centre (HTC) yang dibangunkan dengan kos bernilai RM35 juta didakwa belum dapat memberi keuntungan kepada kerajaan Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Muhammad Jalaini Khamis berkata, ia kos yang begitu tinggi daripada Kementerian Pelancongan pada 2011 namun hanya mampu membawa pulangan  RM14,000 sebulan.

Menurutnya, antara permasalahan dikenal pasti termasuk sikap segelintir yang menguruskan lokasi pelancongan di Duyong kurang kreatif selain wujud persaingan sehingga tumpuan untuk melestarikan kawasan itu tidak tercapai.

“Usaha merancakkan serta mencantikkan kawasan itu juga kita akan jalankan untuk kawasan perkampungan Duyong,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Damian Yeo Shen Li (PH-Duyong) pada Sidang Dun Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.