SEREMBAN - Pakatan Harapan  (Harapan) Negeri Sembilan mengumumkan calon PRU14 tadi,  tanpa mengumumkan calon Bersatu.

Dimaklumkan senarai calon Parti Bersatu masih belum muktamad dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun berkata, kali ini gabungan parti itu nekad untuk menumbangkan kerajaan BN Negeri Sembilan menjelang PRU14 ini.