SEREMBAN - Pengguna di sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi 15 November ini berikutan kerja pemasangan 'tee bypass' di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata ia antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

"Kawasan terlibat ialah Nada Alam, Bukit Inai, seluruh Batang Benar, Sungai Mahang, Taman Mutiara, Taman Murni, Taman Teratai, Nilai 7, Desa Saga, Desa Ria, Nilai 3, Arab Malaysian, Industri Semarak 2, seluruh Kawasan Perindustrian Nilai, Desa Melati, Desa Kasia, Desa Indah, Impiana Residen, seluruh Bandar Baru Nilai, seluruh Desa Cempaka dan INTI Kolej.

"Turut terlibat ialah Desa Casuarina, Universiti Sains Islam Malaysia, Desa Jati, Desa Anggerik, Pekan Nilai, Rumah Rakyat Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Sharudin, Rumah Rakyat Labu Hilir, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Kampung Lambar, Kampung Pulau, Jalan Labu dari Batu 10-14, Sendayan, Jimah Baru, Jijan, seluruh Gadong, Rehat & Rawat (R&) Plus Arah Utara dan Selatan, seluruh Batu 8 Labu dan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang ditetapkan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Sebahagian kawasan Jempol dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula jam 8 pagi esok hingga 8 pagi lusa.
  • KLUANG - Dianggarkan kira-kira 330 keluarga di Kampung Baru Yap Tau Sah di sini, berdepan dengan masalah gangguan bekalan air sejak Jumaat lalu.
  • GEORGETOWN - Gangguan bekalan air akan berlaku di kawasan Sungai Dua, Butterworth dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini bagi membolehkan kerja-kerja menggantikan paip sambungan yang bocor di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
  • SHAH ALAM - Dalam usaha menambahbaikkan perkhidmatan air kepada pelanggan di Klang, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sungai Damansara dan persimpangan Seksyen 25, Klang akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2017.
  • SEREMBAN - Sebahagian kawasan di Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi, 1 Ogos ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.