SEREMBAN - Sebahagian kawasan Jempol dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula jam 8 pagi esok hingga 8 pagi lusa.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata gangguan adalah ekoran kerja-kerja pengalihan paip, pencucian dan pembersihan di Kolam Imbangan Taisho.

Di Jempol ia akan melibatkan taman perumahan dan kawasan kampung sekitar Jalan Bahau-Batu Kikir, Taman Satelite, Taman Tunku Puan Chik, Kampung Lonek, Kampung Bukit Kelulut, taman perumahan dan kawasan kampung sekitar Jalan Batu Kikir-Simpang Pertang, Kampung Serting Tengah, Rumah Rakyat Serting Tengah, Taman Serting Jaya dan Taman Desa Permai Serting Tengah.

Di Kuala Pilah melibatkan Kampung Terentang, Kampung Sungai Talan, Padang Lebar, Kampung Jerjak Seberang, Pasir Ambor, Juasseh Tengah, Kampung Ghalib, Sungai Jelutong dan Kampung Majau.

Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

"Bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama," katanya dalam kenyataan.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama