SEREMBAN - Sepuluh Exco Kerajaan Negeri Sembilan dijangka mengangkat sumpah di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah esok.

Menerusi jadual yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana, Istiadat dan Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri itu akan berlangsung pada jam 11 pagi.

Sebaik sahaja majlis istiadat tersebut selesai, satu sidang media akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban kira-kira jam 1 tengahari.