SEREMBAN- Dua anggota tentera maut manakala dua lagi cedera apabila kereta Proton Waja dinaiki mereka terbabas di Kilometer 267.2 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.32 pagi itu, mangsa yang maut ialah Anwar Shaari, 23 dan Amirul Zulkhairi Ismail, 24.

Difahamkan kesemua mereka bertugas sebagai tentera darat di Port Dickson dan Johor Bahru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketika kejadian itu mereka dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak menghala ke Kem Tentera Port Dickson.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki hilang kawalan lalu melanggar pengadang jalan sebelah kiri menyebabkan pemandu serta seorang penumpang tercampak keluar.

“Kedua-dua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang cedera ringan. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOMBAK - Seorang remaja perempuan tercampak daripada motosikal sebelum dilanggar sebuah treler dalam kejadian di Jalan Batu Arang-Rawang, dekat sini, hari ini.
  • BATU PAHAT - Tujuh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, bersama empat orang kena tuduh (OKT) cedera setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan yang membabitkan dua kenderaan milik IPD berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.