TAMPIN – Seorang lelaki ditangkap polis di wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban awal pagi tadi susulan dipercayai terbabit dalam tiga kes curi di kedai dobi di daerah ini pada 18 dan 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak berkata, suspek ketika itu sedang menziarahi bapanya yang sakit di wad berkenaan dan ditangkap polis pada jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek telah mengaku melakukan pecah mesin penukaran duit di tiga buah kedai dobi kawasan Tampin, Gemencheh dan Gemas bersama seorang lagi rakan.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek  yang beralamat dari Sepang, Selangor melakukan jenayah berkenaan bagi menambah duit belanja kahwin kira-kira sembilan hari sebelum majlis perkahwinan kali keduanya di Gemencheh.

“Isteri pertama suspek telah meninggal dunia dan suspek kembali aktif melakukan jenayah pada bulan lalu.  Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin mempunyai tujuh rekod lampau dan tiga kes dikehendaki di Batang Tiga, Seri Kembangan dan Mantin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Hamazah berkata, suspek telah melakukan jenayah berkenaan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru yang telah disewakan dari sebuah syarikat di Nilai atas nama rakan subahatnya yang kini sedang diburu polis.

Menurutnya, pada 18 Ogos, suspek menyasarkan sebuah kedai dobi berhampiran sebuah taman perumahan di Tampin dan kemudiannya pada jam 7.24 pagi, suspek menyasarkan sebuah kedai dobi di kawasan Gemas.

“Kemudiannya, pada 21 Ogos pula, suspek menyasarkan sebuah kedai dobi di sekitar kawasan Gemencheh pada jam 9.01 pagi.  Dianggarkan jumlah kerugian kira-kira RM2,450.

“Ujian urin ke atas suspek negatif.  Suspek kini ditahan reman hingga 7 September ini.  Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sinar Harian 25 Ogos lalu melaporkan polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kes curi di tiga buah kedai dobi di daerah ini.

Kedua-dua suspek dikesan melakukan jenayah sekitar jam 5.00 pagi hingga jam 9.00 pagi susulan di waktu berkenaan tiada pelanggan mahupun penjaga yang berada di kedai dobi berkenaan.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang pemuda memecah masuk sebuah rumah sebelum mencuri sebuah televisyen dan duit syiling membawa padah apabila dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
  • PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang mencuri enam tin arak di sebuah pasar raya, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • BESUT - Polis menjumpai sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas, di sebuah bengkel di Kampung Gong Bayor, Alor Lintang dekat Kampung Raja di sini Sabtu lepas dalam keadaan komponennya dileraikan.
  • KUALA PILAH - Sepasukan polis berjaya menumpaskan kes kecurian kabel Telekom bernilai RM 17,100 setelah mencurigai kewujudan kabel itu yang berada di tepi jalan di kampung Changgang, Johol, awal pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan 29 lelaki dipercayai terlibat dalam jenayah curi motosikal di daerah ini.