MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri Melaka tidak ketinggalan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.

Ketua Menterinya, Adly Zahari berkata, ia selara tawaran pada PRU14 dan menyambutnya dengan positif.

Menurutnya, hal itu akan segera dibincangkan dalam mesyuarat exco yang terdekat ini bagi membuat ketetapan sekali gus menunaikan janji Pakatan Harapan sebelum ini.

"Masa (dua penggal) itu cukup bagi kita berkhidmat untuk rakyat, sebab itu setiap hari adalah hari penting bagi seorang Ketua Menteri untuk dia berkhidmat hanya dalam tempoh itu.

"Jika kita gunakan konsep ini, maka semua orang diberikan tempoh masa untuk berkhidmat sebaiknya dan selepas daripada tempoh itu kita yakin akan ada orang lain yang boleh menggantikan kita untuk masa yang akan datang," katanya.

Adly berkata demikian ketika program Ziarah Kasih di Dun Bukit Katil, tadi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Koh Yeow menyatakan kerajaan negeri itu akan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan cadangan menghadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal dilaksanakan.