MELAKA TENGAH - Ketua Menteri, Adly Zahari menyifatkan tindakan seorang exco yang didakwa berkelakuan ala gengster dalam isu baja, baru-baru ini, bukan bertujuan peribadi.

Menurutnya, tindakan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee itu dianggap wajar selepas menerima maklumat daripada pekebun dan petani sekali.

"Dalam isu khusus dibuat saudara Norhizam berkenaan baja, itu adalah hasil daripada maklumat orang ramai kepada kita, Ia bukan kerana peribadi mahupun untuk kepentingan kelompok tertentu.

"Kita tahu di peringkat kerajaan negeri beliau (Norhizam) telah melaksanakan tugas yang baik dan antara exco yang kurang tidur," katanya.

Katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Syarikat Beaks Development Sdn Bhd di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Roslan Ibrahim dan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Muhammad Jalaini Khamis.

Adly berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akan menambah baik terutama dari segi proses rundingan supaya hasrat untuk memastikan nasib dan hak golongan itu benar-benar mendapat pembelaan sewajarnya.

Isnin lalu, Umno dan Pas Melaka serta Pemantau Malaysia Baru (PMB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berhubung salah laku membabitkan seorang Exco kerajaan negeri selain Pas Melaka turut menggesa ketua menteri segera  mengosongkan jawatan dipegang Exco terbabit dan diserahkan kepada pemimpin lain.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sorok baja bersubsidi dalam kontena]

[ARTIKEL BERKAITAN: Reda terima kecaman netizen]

[ARTIKEL BERKAITAN: Exco tiada hak geledah stor]

[ARTIKEL BERKAITAN: Exco tiada hak geledah stor]