FAKTA:

BANDA HILIR -  Lelaki yang didakwa menyamar sebagai penguat kuasa dan memeras ugut meminta wang daripada pengunjung di Pantai Klebang seperti disebar dalam kumpulan tertutup laman Facebook, sebenarnya seorang kurang siuman.

Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya sudah melihat gambar yang dimuat naik di laman berkenaan, bagaimanapun mengesahkan tiada individu tampil membuat laporan berhubung kes berkenaan setakat semalam.

“Pengguna laman itu sepatutnya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai gambar yang tersebar itu tanpa mengetahui fakta kerana boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga individu berkenaan.

“Pihak polis mendapati tiada sebarang dokumen pada dirinya termasuk kad pengenalan seperti yang didakwa pengguna laman sosial itu, malah sudah berjumpa dengan abang kepada lelaki itu yang memaklumkan memang dia kurang siuman,” katanya di sini, semalam.

AUTA:

Gambar lelaki berusia 25 tahun didakwa menyamar sebagai penguat kuasa dan memeras ugut meminta wang daripada pengunjung di Pantai Klebang mula tersebar sejak semalam.

Ia dimuat naik seorang ahli kumpulan tertutup di laman Facebook yang mendakwa lelaki terbabit bertindak sedemikian terhadap pengunjung yang memakir kereta di kawasan pantai berkenaan.

Pengguna terbabit turut mendakwa lelaki itu ditangkap orang awam kerana mempunyai banyak kad pengenalan pada dirinya dan meminta sesiapa yang menjadi mangsa supaya ke Balai Polis Batang Tiga, di sini untuk mendapatkan semula kad pengenalan masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Lembaga Masjid Tengkera, di sini, menafikan viral tersebar di laman sosial Facebook kononnya tanah wakaf milik masjid berkenaan yang terletak di Jonker Walk dijadikan tapak berniaga untuk menjual makanan tidak halal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.