NILAI – Seekor anak kucing yang jatuh ke dalam longkang sedalam lima meter di Jalan 1/7B Dataran Nilai, berhadapan sebuah kedai aksesori kereta di sini, berjaya diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Nilai kira-kira jam 10.58 pagi, hari ini.

Anak kucing betina berkenaan dipercayai telah terperangkap ke dalam longkang selama dua hari, sebelum disedari seorang guru jahitan, Lili Faizah Abdul Satar 43, yang terdengar suara anak kucing tersebut ketika sedang menuju ke pejabatnya yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian.

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, anggota bomba telah menerima panggilan awam yang memohon bantuan bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang jatuh ke dalam longkang.

“Sebuah jentera dengan 10 anggota serta unit EMRS kemudiannya telah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, guru jahitan berkenaan memaklumkan telah terdengar suara anak kucing ketika menuju ke pejabatnya, lalu telah mencari di sekitar kaki lima.

Anak kucing betina berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Nilai. - Foto ihsan bomba

“Hasil tinjauannya di dalam longkang, telah terjumpa seekor anak kucing yang telah terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter.

“Dia cuba membantu tetapi tidak berdaya kerana semua laluan longkang ditutup dan disimen.

“Atas dasar keprihatinan, guru berkenaan telah menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan,”katanya.

Menurutnya, sebaik pihak bomba tiba, pihaknya telah melakukan kerja-kerja khidmat khas bagi menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di dalam longkang berkenaan.

“Setelah berjaya mengeluarkan anak kucing terbabit, pihak bomba kemudiannya memberikan rawatan awal dengan memberikannya air.

“Selain itu, kita turut membersihkan luka-luka di bahagian muka, badan dan bulunya,”katanya.

Katanya, disyaki anak kucing berkenaan telah terperangkap selama dua hari.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - SEPASUKAN anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa menghidu bau busuk dari longkang sedalam 0.90 meter di belakang deretan kedai di Pekan Kuala Pilah di sini, untuk menyelamatkan seekor anak kucing, kelmarin.
  • SEREMBAN - Dua ekor kucing mengharumkan nama negara apabila memenangi kategori masing-masing pada pertandingan disertai pemiliknya dalam Fife World Show 2017 The Netherland yang berlangsung di Belanda pada 28 dan 29 Oktober lalu.
  • MERSING - Peniaga di Terminal Bas Mersing menggesa pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah kucing terbiar yang terlalu banyak berkeliaran di kawasan terminal berkenaan.
  • PASIR MAS - Tidak sanggup melihat kucing jalanan terbiar, seorang wanita sanggup mengetepikan perasaan takut terhadap haiwan itu dengan membuka sebuah pusat jagaan.
  • JELI - Misteri kehilangan kucing yang menjadi tanda tanya sebelum ini terjawab selepas tertangkapnya seekor ular sawa batik di pekarangan rumahnya.