SEREMBAN - Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan sembilan mangsa termasuk seorang bayi berusia lima bulan dan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta semasa kejadian banjir kilat di hadapan Sekolah Kebangsaan Mambau, jalan Mambau-Port Dickson lewat petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Faizal Abd Rahman berkata, pihaknya menerima penggilan kecemasan pada jam 5.58 petang, dan sampai ke lokasi tujuh minit kemudian.

Katanya, sebaik sahaja sampai ke lokasi kejadian mendapati ada tiga buah kereta telah tersekat dan terperangkap dalam banjir itu.

"Hujan yang berterusan lebih tiga jam telah menyebabkan air di kawasan sekeliling naik dengan cepat sehingga laluan utama ini banjir.

"Keadaan air yang tinggi dan deras itu menyebabkan kereta jenis Proton Wira, Saga dan Nisan Grand Lavina itu gagal dipandu dan terperangkap di situ.

"Sebaik sahaja kita dekati kereta itu, air telah pun masuk ke dalam kereta namun tindakan pantas pasukan kita berjaya mengeluarkan semua mangsa dengan selamat,"katanya.

Difahamkan kesemua mereka yang terperangkap itu dari arah Seremban menuju ke Port Dickson.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,166 orang sehingga 12 tengah hari ini dan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara.
  • KOTA KINABALU - Sebuah pusat pemindahan sementara, SMK Sri Nangka, yang ditutup tengah hari tadi, dibuka semula untuk menempatkan semula 27 mangsa daripada tujuh keluarga.
  • KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,132 orang sehingga jam 11 pagi ini berbanding 2,113 orang setakat 8 malam tadi.
  • KOTA KINABALU - Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala lapan jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air.
  • KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara di daerah Kota Belud meningkat kepada 453 orang daripada 170 keluarga setakat pagi ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.