tanah runtuh
$entry.content.caption.value

TAMPIN – Penduduk di Jalan Kelicap 5, Taman Bukit Tampin, dekat sini, kesal dan kecewa apabila kerja membina sambungan tebing penahan tanah runtuh di hadapan kediaman mereka tidak ­diselenggarakan dengan baik.

Penduduk, Mohamad Jibrail Hanifah, 42, berkata, memang benar dahulu mereka berharap agar projek ­membina penahan berkenaan disambung secepat mungkin kerana gusar dengan risiko batu besar jatuh mengenai ­kediaman mereka.

Namun menurutnya, ­setelah projek berkenaan disambung semula, hakisan atau rekahan air di tebing ­kelihatan lebih teruk dan mendatangkan kebimbangan ­dalam kalangan penduduk terutamanya risiko tanah ­runtuh semakin besar.

“Oleh itu, kita harap pihak berkuasa tempatan (PBT) ­dapat memantau projek ini semula susulan kita terutamanya penduduk yang berhadapan dengan tebing ini semakin gusar dengan tahap keselamatan masing-masing.

“Malah, kita juga masih bimbang dengan batu besar yang terdapat di tebing ini ­memandangkan sejak dari ­dahulu lagi ia sudah diklasifikasikan berbahaya oleh Jabatan Mineral dan Geosains beberapa tahun lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi dimaksudkan, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, K Pathyammal, 42, berkata, susulan kerja membina tembok penahan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat itu, beberapa penduduk ­terpaksa berhadapan dengan masalah air lumpur melimpah ke kediaman sekiranya hari hujan.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah besar buat penduduk, namun batu-batu besar yang masih berada di cerun betul-betul di ­hadapan rumahnya lebih membimbangkan.

“Setiap hari saya bimbang dan tidak lena tidur kerana masalah batu besar di tebing hadapan rumah saya masih belum dapat diatasi hingga ke hari ini.

“Malah kini, perasaan ­gusar makin ketara memandangkan terdapat rekahan atau saliran air di bahagian ­tebing dan kita harap pihak bertanggungjawab dapat ­memantau masalah ini bagi keselamatan penduduk,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.