SEREMBAN-  Pihak berwajib diharap dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah jambatan runtuh di Kampung Tengah Lenggeng di sini, yang masih belum dibaiki sehingga kini.

Pengerusi Amanah negeri, Zulkefly Mohamad Omar berkata, setelah dua bulan berlalu, masalah itu bukan sahaja menyusahkan penduduk kampung, namun boleh mengundang bahaya.

Tambahnya, beliau difahamkan sudah dua kali kemalangan berlaku dan terbaharu tiga hari lalu yang menyebabkan mangsa terpaksa dihantar ke hospital dengan ambulans.

Seorang lelaki terpaksa dihantar ke hospital dengan ambulans.

“Memanglah ia bukan laluan utama penduduk, tapi kemudahan itu untuk orang ramai dan sepatutnya bila dah rosak, perlu dibaiki semula.

“Itu adalah laluan pintas penduduk untuk berulang-alik dan sampai bila nak biarkan macam itu saja,” katanya.

Zulkefly berkata, janganlah pula masalah jambatan itu dijadikan modal kerajaan BN untuk menghadapi PRU14 sedangkan ia sepatutnya sudah lama dibaiki.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENTAKAB - MCA Temerloh akan memastikan setiap aduan penduduk di sini dapat diselesaikan segera.
  • BENTONG - Masyarakat Felda Lurah Bilut meminta pihak berkuasa membantu mengatasi masalah kehadiran lori balak yang beroperasi menggunakan laluan utama kawasan itu sehingga mengancam keselamatan 6,000 peneroka.
  • PENDANG - Penduduk Kampung Padang merayu agar jalan di kampung mereka diturap tar dengan kadar segera bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku.
  • PARIT BUNTAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diminta tidak mempersendakan rakyat negeri ini dengan pelbagai janji dan alasan berkenaan status pembinaan tiga hospital di Perak termasuk Hospital Kerian yang masih gagal dilaksanakan.