PORT DICKSON - Asrama yang menempatkan hampir 700 orang pekerja warga asing di Chuah dikesan melakukan kegiatan curi air terawat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) petang tadi.

Pengurus Unit Penguatkuasaan dan Pengurusan Meter Sains, Abd Razak Mellon berkata, berdasarkan risikan dan siasatan Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) pemilik premis itu telah melakukan penyambungan paip secara tidak sah daripada paip komunikasi Sains.

Menurutnya, penyambungan haram itu didapati dilakukan tidak lama selepas Sains melakukan pemotongan bekalan air berikutan berlaku tunggakan bayaran bil mencecah RM16,000.

"Akibat daripada penyambungan haram itu, Sains menanggung kerugian hampir RM27,000 penggunaan sebanyak 9,216 meter padu air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di semasa operasi curi air hari ini. 

Operasi diketuai oleh Pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Span, Mohd Shariff Abd Rahman.

Abd Razak berkata, ini adalah kes kecurian air terbesar di Negeri Sembilan yang berjaya kita jejaki sejak Januari lalu hingga kini.

"Ia membabitkan kos kerugian yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Sains yang mana membabitkan 24 point penggunaan.

"Selain di bilik air asrama point penggunaan juga dilakukan di pejabat, kedai runcit, kedai makan dan kedai gunting rambut," katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SETIA ALAM - Bukan hanya satu kes, malah sudah beberapa kali juga kes kecurian berlaku di sebuah apartmen di sini walaupun aduan kerap dibuat.
  • KUANTAN - Seorang lelaki terkejut apabila dituduh mencuri elektrik tanpa sebarang sebab dan diperintahkan membayar sebanyak RM39,147.80 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.