MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendidikan Melaka serta agensi keselamatan dan kesihatan agar melakukan pemeriksaan terhadap maahad tahfiz di negeri ini bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata semua maahad tahfiz sama ada di bawah seliaan JAIM atau swasta perlu mengambil berat faktor keselamatan terutama melibatkan premis serta bangunan maahad dan tidak sama sekali berkompromi terhadap tahap keselamatan di institusi tersebut.

“Laporan tahap keselamatan diminta untuk dibentang kepada pihak berkuasa negeri dengan segera. Tindakan proaktif dan sistematik dapat mengelakkan sebarang kecelakaan atau kemalangan berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau mengulas kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi yang meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru.

Idris berkata beliau mewakili kerajaan negeri dan rakyat Melaka untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September lalu membuka mata pelbagai pihak akan kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran di pusat tahfiz.
  • TUMPAT - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di kampung Kok Keli musnah dalam kebakaran malam tadi.
  • KUANTAN - Seorang warga emas bersyukur kerana dia dan keluarga tiada di rumah ketika rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini terbakar, Sabtu lalu.
  • TAMPIN - Sebuah rumah pusaka berusia puluhan tahun tidak berpenghuni musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tenai-Ayer Gelugor, di sini, hari ini.
  • ARAU - Bangunan pentadbiran Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terbabit dalam kebakaran kira-kira jam 7.15 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.